Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
MAJLIS PELANCARAN BAZAR RAMADAN RAHMAH MADANI PERINGKAT KEBANGSAAN & BBR TAHUN 2026
20 Februari 2026 | Bazar Ramadan Perling Mall
Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dengan kehadiran Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim, Datuk Bandar MBIP, Pn. Lilis Saslinda binti Pornomo, Pengarah KPDN Johor, serta YBhg. Datuk Azman bin Adam, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN.
Majlis turut diserikan dengan sesi ramah mesra bersama para peniaga Bazar Ramadan, khususnya mereka yang menawarkan Menu Rahmah demi meringankan beban pengguna sepanjang bulan Ramadan. Bazar Ramadan Perling Mall ini merupakan penganjuran oleh Perling Sentral Sdn Bhd dan berada di bawah kawasan pentadbiran MBIP, dan pihak MBIP sentiasa komited tinggi dalam menyahut inisiatif Rahmah Madani. MBIP berbesar hati memilih bazar Ramadan di kawasan pentadbirannya sebagai lokasi pelaksanaan inisiatif ini, demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini memberi manfaat kepada komuniti sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.



