Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
AKTIVITI PROMOSI & TINDAKAN PEMERIKSAAN SERTA PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADHAN TAMAN UNIVERSITI
23 Februari 2026 | Bazar Ramadhan Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan aktiviti promosi serta tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di Bazar Ramadan Jalan Kemuliaan 2, Taman Universiti.
Seramai 10 pegawai telah terlibat dalam pemeriksaan ke atas 190 tapak perniagaan yang melibatkan 279 pengendali makanan, di mana kesemua pengendali telah mendapatkan suntikan typhoid seperti yang diwajibkan. Pemeriksaan juga mendapati tiada pekerja warga asing ditemui. Sebanyak 130 'pamphlet' serta 'flyers' telah turut diedarkan kepada peniaga serta pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan keselamatan makanan.
Selain itu, MBIP juga memantau ke atas pematuhan terhadap kebersihan gerai, pembuangan sampah yang teratur, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tapak selepas tamat jualan harian serta pelaksanaan inisiatif mesra alam. Walaupun tiada sitaan polisterina dilakukan, MBIP terus menggalakkan penggunaan bahan pembungkus makanan yang lebih mesra alam bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
MBIP komited dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan kelancaran operasi bazar sepanjang Ramadan demi keselesaan dan kesejahteraan semua.


