Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
AKTIVITI EDARAN RISALAH & TINDAKAN PEMERIKSAAN SERTA PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN TEMPAT LETAK KERETA PERLING MALL
24 Februari 2026 | Bazar Ramadan Tempat Letak Kereta Perling Mall
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan aktiviti promosi serta tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan di Bazar Ramadan Tempat Letak Kereta Perling Mall.
Seramai 17 pegawai telah terlibat dalam pemeriksaan dan edaran risalah ke atas 176 tapak perniagaan yang melibatkan 310 pengendali makanan, di mana kesemua pengendali telah mendapatkan suntikan typhoid seperti yang diwajibkan. Pemeriksaan juga mendapati tiada pekerja warga asing ditemui. Sebanyak 150 'pamphlet' serta 'flyers' telah turut diedarkan kepada peniaga serta pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan keselamatan makanan.
Selain itu, MBIP juga memantau ke atas pematuhan terhadap kebersihan gerai, pembuangan sampah yang teratur, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan tapak selepas tamat jualan harian serta pelaksanaan inisiatif mesra alam. Walaupun tiada sitaan polisterina dilakukan, MBIP terus menggalakkan penggunaan bahan pembungkus makanan yang lebih mesra alam bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
MBIP komited dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan kelancaran operasi bazar sepanjang Ramadan demi keselesaan dan kesejahteraan semua.


