Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
PEMERIKSAAN LESEN & TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) BERSAMA GREATZONE MALAYSIA: SERAHAN APRON DAN TOPI DI BAZAR RAMADAN JALAN PULAI MUTIARA 4/10, TAMAN PULAI MUTIARA
26 Februari 2026 | Bazar Ramadan Jalan Pulai Mutiara 4/10, Taman Pulai Mutiara
Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalankan pemeriksaan lesen di Bazar Ramadan kawasan ini bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat dan peraturan pelesenan yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, MBIP turut menjalinkan kerjasama bersama Greatzone Malaysia menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyerahkan apron dan topi kepada para peniaga Bazar Ramadan.
MBIP menyeru semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan serta mengutamakan kebersihan dan keselamatan demi memastikan kelancaran operasi Bazar Ramadan dan kesejahteraan bersama.

