Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
LAWATAN PENANDAARASAN CGSO JEMAAH NAZIR NEGERI JOHOR KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
27 Februari 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan penuh rasa syukur dan bangga telah menyambut kedatangan Jemaah Nazir Negeri Johor bagi sesi taklimat dan Lawatan Penandaarasan CGSO (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia) yang telah berlangsung di pada hari ini.
Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Saniah binti Hassan, Ketua Nazir Negeri Johor bersama 25 orang delegasi, dan dipengerusikan oleh Ts. Siti Rafidah binti Ariffin, Pengarah Teknologi Maklumat MBIP. Lawatan dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Puan Siti Noraim binti Abdul Ghani, Penolong Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan MBIP yang memberikan pencerahan mendalam berkaitan amalan terbaik tadbir urus korporat, pengurusan strategik serta penandaarasan prestasi MBIP sebagai sebuah PBT yang progresif dan inovatif.
Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha bersama meningkatkan kualiti perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti.
Bandar Raya, Pintar, Mampan dan Sejahtera — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

