Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
MOBILITI SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI BANDAR | CO-DESIGN WORKSHOP ASUS PHASE II – BUKIT INDAH
26 Februari 2026 I Bukit Indah
Program ini merupakan sebahagian daripada projek ASEAN Sustainable Urbanisation Strategy (ASUS) Phase II dengan kerjasama strategik bersama UN-Habitat dan UNICEF. Seramai 39 peserta terdiri daripada wakil MBIP, Kerajaan Negeri, komuniti setempat, perniagaan, akademia dan rakan antarabangsa telah bersama-sama menyertai Co-Design Workshop ASUS Phase II – Bukit Indah. Sekalung penghargaan diberikan kepada Puan Elena Boni, Puan Amelia Neoh dan Puan Khairulnisa Bahrum daripada daripada UN-Habitat serta Subject Matter Expert daripada UNICEF yang membantu dalam bengkel ini. Melalui sesi walkabout dan bengkel perbincangan, peserta turun padang meneliti sendiri cabaran mobiliti di Bukit Indah — daripada isu kesesakan, sambungan 'first & last mile', keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal, sehingga kepada potensi pembangunan berorientasikan transit (TOD).
Pendekatan co-design ini membuktikan bahawa perancangan bandar bukan hanya dibuat di atas meja, tetapi dibentuk melalui suara komuniti dan kolaborasi pelbagai pihak. Input yang dikumpulkan akan diterjemahkan ke dalam City Technical Proposal, sebagai asas kepada pelaksanaan Pelan Infrastruktur Mobiliti Aktif Bukit Indah. Bukit Indah bukan sekadar kawasan yang menghadapi tekanan mobiliti — ia adalah tapak perintis untuk membentuk model kejiranan yang:
Lebih mesra pejalan kaki
Lebih selamat untuk mobiliti aktif
Lebih rendah karbon
Lebih berdaya huni dan berdaya saing
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini. Kerjasama komuniti dan rakan antarabangsa ini membuktikan komitmen kita untuk memacu Iskandar Puteri ke arah bandar yang lebih mampan dan inklusif.
Bandar Raya, Pintar, Mampan dan Sejahtera — Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

