Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
TINDAKAN MEMBANTERAS IKLAN HARAM JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
SEKITAR KAWASAN PENTADBIRAN MBIP
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan tindakan membanteras pemasangan iklan haram susulan aduan awam di sekitar kawasan pentadbiran MBIP.
Hasil operasi tersebut, sebanyak 95 iklan haram telah berjaya dicabut dan diturunkan oleh anggota penguat kuasa MBIP.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak memasang sebarang iklan tanpa kebenaran di lokasi yang tidak dibenarkan. Sebarang pertanyaan berkaitan permit pemasangan iklan hendaklah dirujuk kepada Jabatan Pelesenan MBIP bagi mendapatkan kelulusan yang sah.


