Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
OPS CUCI JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI SEKITAR KAWASAN PENTADBIRAN MBIP
Bahagian Operasi Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan tindakan sitaan menyasarkan premis cuci kereta tanpa lesen di sekitar kawasan pentadbiran MBIP.
Sebanyak 02 premis cuci kereta telah dikenakan tindakan sitaan dan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen serta membiarkan warga asing menjalankan operasi perniagaan. Pelbagai barangan perniagaan seperti pembersih vakum, waterjet, mesin compressor dan peralatan cucian telah dikenakan tindakan sitaan.
Rondaan juga diteruskan bagi memastikan tiada kesalahan yang dibuat di sekitar kawasan tersebut.
Barangan sitaan dibawa ke Depoh Simpanan Jabatan Penguatkuasaan MBIP untuk tindakan lanjut.

