Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
LAWATAN PENANDA ARAS UNIT OSC MBPG KE MBIP: PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK FAST LANE
4 Mac 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim
Unit Pusat Sehenti (OSC), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima satu lawatan penanda aras daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Delegasi lawatan tersebut telah diketuai oleh TPr. Ruzanna binti Mohamed, Pengarah OSC Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), bersama beberapa orang pegawai daripada Unit OSC MBPG.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta memahami dengan lebih mendalam proses kerja, tatacara dan prosedur yang dilaksanakan oleh OSC MBIP, khususnya berkaitan pengurusan dan penerimaan permohonan ‘Fast Lane’. Melalui lawatan ini, pihak MBPG berpeluang meneliti amalan terbaik yang dilaksanakan oleh MBIP dalam mempercepatkan proses kelulusan pembangunan melalui inisiatif ‘Fast Lane’.
Seterusnya, sesi perkongsian maklumat dan perbincangan turut diadakan bagi bertukar pandangan serta pengalaman antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan OSC kepada pelanggan dan pemohon pembangunan.
Lawatan ini diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta menjadi platform perkongsian pengetahuan, seterusnya membantu menambah baik pelaksanaan sistem dan prosedur OSC di MBPG pada masa akan datang.

