Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
SESI LIBAT URUS KEMPEN HARGAI MAKANAN, ELAK PEMBAZIRAN BERSAMA SWCORP SEMPENA BULAN RAMADAN
5 Mac 2026 | Bazar Ramadan Jalan Pulai Mutiara 4/10, Taman Pulai Mutiara
Satu sesi libat urus aktiviti telah diadakan antara Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama SWCorp bagi pelaksanaan Kempen “Hargai Makanan, Elak Pembaziran” sempena bulan ramadan di Bazar ramadan Taman Pulai Mutiara. Kempen ini dilaksanakan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran, khususnya sepanjang bulan ramadan.
Sesi libat urus ini turut merangkumi beberapa aktiviti antaranya, "MySaveFood" iaitu pemberian makanan lebihan kepada masjid atau surau yang berhampiran, pemberian e-wallet Touch 'n Go kepada 10 pengunjung terawal, program Free Market iaitu pemberian baju terpakai kepada pihak yang memerlukan serta aktiviti edaran risalah mengenai kepentingan merancang penyediaan jualan secara berhemah.
Unit Promosi dan Pendidikan Kesihatan MBIP juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengedarkan risalah berkaitan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM) dan larangan penggunaan bekas polisterin kepada peniaga di bazar Ramadan.
Secara keseluruhannya sesi libat urus ini merupakan satu inisiatif yang positif dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi bagi menjayakan program kesedaran awam serta mewujudkan persekitaran bazar Ramadan yang lebih teratur, bersih dan lestari.

