Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
TAKLIMAT PEMBUKAAN GERAN KOMUNITI 6.0 & PELANCARAN ISKANDAR PUTERI KESAYANGANKU
13 Mac 2025 | Auditorium MBIP, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), dan SWM Environment Sdn Bhd telah menganjurkan Taklimat Pembukaan Geran IPRK 6.0, serta Pelancaran Iskandar Puteri Kesayanganku di Auditorium MBIP.
Acara ini bertujuan untuk menghargai usaha komuniti dalam menjayakan projek-projek rendah karbon menerusi Geran Komuniti IPRK 5.0 serta memperkenalkan peluang pembiayaan baharu melalui Geran IPRK 6.0 dengan nilai keseluruhan penajaan sebanyak RM 1 juta. Dalam majlis yang sama, MBIP dengan bangganya melancarkan Iskandar Puteri Kesayanganku, satu inisiatif pendidikan kreatif bagi meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar.
Bagi yang terlepas sesi ini, anda masih boleh menonton rakaman penuh di laman rasmi Facebook MBIP. Jangan lepaskan peluang untuk memohon Geran IPRK 6.0 dan bersama-sama merealisasikan Iskandar Puteri sebagai sebuah Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera.

