KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
TAKLIMAT PENGURUSAN KESELAMATAN DI AIR DAN PENGENDALIAN BOT RINGAN
6 Mac 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Keselamatan di Air dan Pengendalian Bot Ringan kepada para pengemudi bot (botman), ahli Koperasi Kampung Sungai Melayu serta kakitangan MBIP.
Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor, iaitu Lt. M (PA) Nik Muhammad Fadhli bin Nik Mahmud, Lt. M (PA) Mohammad Amiruddin bin Mohd Kifri dan Sjn. Mej. I (PA) Abdul Rashid Affendi bin Mamat, yang berkongsi penerangan berkaitan aspek keselamatan di air, tatacara pengendalian bot ringan serta langkah-langkah menghadapi situasi kecemasan semasa berada di perairan.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan, kemahiran pengendalian bot serta pematuhan kepada prosedur operasi dalam kalangan pengemudi bot, khususnya bagi menyokong operasi aktiviti eko-pelancongan dan bot pelancong di kawasan MBIP.
MBIP komited dalam memastikan setiap aktiviti di perairan dijalankan secara selamat, teratur dan profesional demi kesejahteraan pengunjung serta komuniti setempat.
Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri