Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
OPERASI SERAHAN NOTIS WARAN F TUNGGAKAN CUKAI HARTA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sedang giat melaksanakan Operasi Serahan Waran F Cukai Harta bagi kesemua pegangan yang mempunyai tunggakan cukai harta. Dalam operasi ini, Waran F, Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) akan diserahkan kepada pemilik harta yang gagal menjelaskan tunggakan cukai harta mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pemilik harta adalah dinasihatkan supaya membuat semakan dan bayaran cukai harta bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil. Semakan dan bayaran boleh dibuat di laman portal cukai harta MBIP (https://mycukai.mbip.gov.my/).
Untuk semakan dan pertanyaan, sila hubungi :
Unit Cukai Harta, JPPH
Talian Pejabat: 07-5555000 sambungan ke 5097/ 5073 / 5074 / 5864
Emel: cukai@mbip.gov.my
Whatsapp Cukai: 017-7576002

