Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
KERJA-KERJA SELENGGARA TAHUNAN LONGKANG KAWASAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
Lokasi : Taman Ungku Tun Aminah
Jabatan Kejuruteraan MBIP kini sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kecil sistem perparitan, tembok dan pembentung di Taman Ungku Tun Aminah sebagai sebahagian daripada program selenggara tahunan yang dirancang.
Kerja-kerja ini merangkumi pemeriksaan menyeluruh dan pembersihan sistem saliran bagi memastikan pengaliran air berfungsi secara optimum sepanjang tahun.
MBIP sentiasa menitikberatkan kesihatan sistem perparitan di seluruh kawasan pentadbiran bagi:
Mengurangkan risiko banjir kilat
Mencegah tersumbat pada sistem pembentung
Memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat
Komitmen kami jelas — tindakan cepat dan pantas, tanpa red tape.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan warga MBIP!
Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

