Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM TERAWIH DAN MOREH BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
9 Mac 2026 | Masjid Al-Hidayah, Jalan Zapin, Taman Skudai Baru
Program Terawih dan Moreh bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah berlangsung dengan penuh suasana harmoni di Masjid Al-Hidayah, Jalan Zapin, Taman Skudai Baru.
Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP bersama YB Puan Marina binti Ibrahim, ADUN Skudai; Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis; Encik Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis MBIP; Tuan Hj. Ezahar bin Hj. Abu Sairin, Setiausaha MBIP; Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP dan kakitangan MBIP serta masyarakat dan kariah setempat yang bersama-sama mengimarahkan malam Ramadan melalui solat Terawih berjemaah dan sesi moreh.
Program ini mencerminkan semangat kebersamaan komuniti selaras dengan prinsip Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti. Inisiatif ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 11: Bandar dan Komuniti Mampan, serta secara tidak langsung menyumbang kepada SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat melalui kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti.
Semoga program seumpama ini terus menjadi platform mempererat silaturahim antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam membina komuniti yang sejahtera dan berdaya tahan.

