Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
TAKLIMAT JOHOR SELAMAT 2.0 - TRANSFORMASI KESELAMATAN BANDAR MELALUI TEKNOLOGI PINTAR
9 Mac 2026 | Auditorium MBIP, Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah menganjurkan Taklimat Johor Selamat 2.0 yang bertempat di Auditorium MBIP. Taklimat ini memberi penekanan kepada penggunaan teknologi digital dalam usaha meningkatkan keberkesanan pelaporan serta pencegahan jenayah, di samping memperkasa penggunaan aplikasi Volunteer Smart Patrol (VSP) sebagai medium penglibatan komuniti dan first responder digital dalam menyalurkan maklumat keselamatan dan jenayah kepada pihak berkuasa.
Taklimat ini disampaikan oleh ACP Mohamad Ra'ayim bin Hj Jemakir, Timbalan Ketua, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Johor yang turut berkongsi pengalaman serta strategi pelaksanaan inisiatif Johor Selamat dalam memperkukuh jaringan keselamatan komuniti melalui penggunaan teknologi digital. Turut hadir sama Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP dan Wakil AMANITA IPD Iskandar Puteri. Setinggi-tinggi penghargaan kepada IPK Johor atas komitmen dan kerjasama yang berterusan dalam memastikan keselamatan warga Iskandar Puteri.
Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

