KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
PROGRAM BUBUR LAMBUK PERDANA SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H
12 Mac 2026 | Dataran Letak Kenderaan Awam, Bangunan Temenggong Ibrahim

Alhamdulillah, Program Bubur Lambuk Perdana Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama erat pelbagai pihak dalam menyemarakkan semangat kebersamaan, keprihatinan sosial serta penglibatan komuniti setempat.
Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri; Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP serta Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP.
Pelaksanaan program ini turut dijayakan melalui kerjasama strategik bersama Iskandar Investment Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, SWM Environment Sdn Bhd, Dewan Teraju Usahawan Johor, Galeri Aura Islam, Sunway Iskandar Puteri, Affin Bank, Puspanita MBIP, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri serta Jawatankuasa Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, di samping komitmen dan penglibatan aktif warga kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen terhadap pelaksanaan Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan komuniti dalam memperkukuh pembangunan mampan di peringkat tempatan. Inisiatif ini juga menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs) khususnya SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan sebagai fokus utama melalui pengukuhan kesejahteraan komuniti dan penglibatan masyarakat, serta turut menyumbang kepada SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat melalui jalinan kerjasama strategik antara pelbagai agensi, sektor korporat dan komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat terus memupuk semangat gotong-royong, memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan masyarakat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan bandar yang mampan.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri