Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM PENGEDARAN BUBUR LAMBUK PERDANA SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1447H
12 Mac 2026 | Sekitar Bazar Ramadan Iskandar Puteri
Program Pengedaran Bubur Lambuk Perdana sempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H telah dilaksanakan sekitar Bazar Ramadan Iskandar Puteri sebagai usaha menyantuni masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga setempat sepanjang bulan Ramadan.
Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah sukarelawan Southern Volunteers Iskandar Puteri yang bersama-sama mengedarkan bubur lambuk kepada para pengunjung bazar sebagai simbol perkongsian rezeki dan semangat kemasyarakatan.
Pelaksanaan program ini juga selari dengan inisiatif Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan penglibatan komuniti dalam pembangunan mampan serta menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 2: Zero Hunger dan SDG 11: Sustainable Cities and Communities dalam memperkukuh kesejahteraan sosial dan keharmonian komuniti.


