Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & PELAJAR TAHFIZ 2026
13 Mac 2026 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan program Sentuhan Ramadan: Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Iskandar Puteri bersama Anak-Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz 2026 yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP. Program ini diadakan sebagai pengisian sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, selain mengeratkan hubungan silaturahim antara warga MBIP, anak-anak yatim serta para pelajar tahfiz di sekitar Iskandar Puteri.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, YB Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri; YBhg. Datuk Hj Mohammad Khairi bin Hj A. Malik, Setiausaha Politik di Pejabat Menteri Pertahanan merangkap Ketua Whip MBIP; serta YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil daripada Iskandar Investment Berhad (IIB), Galeri Aura Islam dan Affin Bank Berhad serta warga kerja MBIP yang bersama-sama menyokong penganjuran program ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran sebagai simbolik penutup tadarus Ramadan sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa secara bersama. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen MBIP dalam menyemarakkan nilai kebersamaan, keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan komuniti, selaras dengan aspirasi pembangunan bandaraya yang inklusif dan sejahtera.
"Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri"




