KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
PROGRAM PRIHATIN WARGA MBIP : MEMPERKASA GENERASI & MENGHARGAI LEGASI
13 Mac 2026 | Auditorium, Bangunan Temenggong Ibrahim

Program Prihatin Warga MBIP “Memperkasa Generasi & Menghargai Legasi” telah diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada warga kerja MBIP yang memerlukan perhatian serta sokongan berterusan.
Antara pengisian utama program ini adalah majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan anak OKU dalam kalangan warga kerja MBIP sebagai usaha meringankan beban serta menyuntik semangat kepada mereka untuk terus melangkah ke hadapan. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Hajah Zarimah binti Sapie, Pengerusi PUSPANITA MBIP bersama YBhg. Dato’ Haji Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Eksekutif Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MBIP dalam memupuk nilai kebajikan, kebersamaan dan keprihatinan sesama warga kerja selaras dengan semangat kesejahteraan komuniti melalui elemen Local Agenda 21 (LA21) serta menyokong Sustainable Development Goals (SDG) 1: Tiada Kemiskinan, SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, dan SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamarataan.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemai budaya prihatin dalam kalangan warga MBIP.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri