Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
SEDAP X GARAGE MARKET VOL. 2 : RAYA MODE
13 – 15 Mac 2026 | TMIYC Iskandar Puteri
Penganjuran SEDAP X Garage Market Vol. 2 : Raya Mode yang berlangsung di Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Iskandar Puteri telah berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung hadir. Ianya merupakan platform perniagaan dan perjumpaan belia yang menyaksikan penyertaan lebih 80 vendor dari dalam dan luar negeri Johor — menjadikannya antara platform keusahawanan belia yang paling meriah di Iskandar Puteri.
YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP telah meluangkan masa melalui sesi walkabout ke gerai-gerai peniaga. Kehadiran beliau merupakan tanda sokongan penuh pihak MBIP terhadap usaha membangun dan memperkasakan ekosistem keusahawanan belia di Iskandar Puteri. Diadakan setiap 4 bulan sekali, SEDAP X Garage Market adalah inisiatif berterusan yang menyediakan ruang inklusif dan berdaya saing bagi belia tempatan untuk berkembang maju dalam dunia perniagaan — seiring dengan visi MBIP dalam melahirkan generasi usahawan muda yang berdikari dan berjaya.
"Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri"


