KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
AGIHAN BUBUR LAMBUK — SEMANGAT KOMUNITI, KEHANGATAN RAMADAN
15 Mac 2026 | Taman Universiti, Iskandar Puteri

Program Agihan Bubur Lambuk anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Perubatan, Taman Universiti dan Ahli Majlis Zon 5 : Taman Universiti telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Sebanyak 1,000 hidangan bubur lambuk telah disediakan dan diagihkan kepada surau, masjid serta pengunjung bazar Ramadan di sekitar kawasan Iskandar Puteri — mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan komuniti setempat.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP serta Encik Fakhrul Zafran bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis MBIP Zon 5;Taman Universiti yang mencerminkan sokongan penuh MBIP terhadap program kemasyarakatan seperti ini. Diharapkan program ini dapat dijadikan program tahunan bagi mempererat hubungan antara komuniti dan MBIP pada masa hadapan.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri