KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mac 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
     
PROGRAM TERAWIH DAN MOREH BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
16 Mac 2026 | Surau Al-Hidayah, Jalan Pekaka, Taman Perling

Program Terawih dan Moreh bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah berlangsung dengan penuh suasana harmoni di Surau Al-Hidayah, Jalan Pekaka, Taman Perling. Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama Encik Mohamed Kamalruzaman bin Isa, Ahli Majlis Zon Perling; Haji Azman bin Mudin, Ketua Kampung Telok Serdang; Encik Hafiz bin Abdullah Hashim, Ahli Majlis Zon Mutiara Rini; Tuan HajiEzahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP; Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP serta masyarakat dan kariah setempat yang bersama-sama mengimarahkan malam Ramadan melalui solat Terawih berjemaah dan sesi moreh.
Program ini mencerminkan semangat kebersamaan komuniti selaras dengan prinsip Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan penglibatan masyarakat dalam pembangunan komuniti. Inisiatif ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 11: Bandar dan Komuniti Mampan, serta secara tidak langsung menyumbang kepada SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat melalui kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti.
Semoga program seumpama ini terus memperkukuh ukhuwah antara kepimpinan MBIP dan masyarakat setempat dalam mengimarahkan bulan Ramadan serta membina komuniti yang harmoni, sejahtera dan bersatu.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri