Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM SUMBANGAN YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI KEPADA KELUARGA KAKITANGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN & IBU / BAPA TUNGGAL
17 Mac 2026 | Pejabat Datuk Bandar, Bangunan Temenggong Ibrahim
Program ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang memerlukan sokongan, khususnya melibatkan kategori ibu atau bapa tunggal, kakitangan yang menghidap sakit kronik serta mereka yang terkesan akibat kemalangan dan musibah bencana. Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban serta memberi semangat kepada penerima dalam meneruskan kehidupan seharian.
Penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama Tuan Haji Mat Jaid bin Othman dan Puan Hajah Afiqa Ziela binti Haji Asri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri serta Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Pembangunan Masyarakat MBIP.
Program ini selaras dengan pelaksanaan Agenda Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan kesejahteraan komuniti serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa diberi perhatian.
Semoga usaha ini dapat terus memperkukuh budaya prihatin dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga MBIP, sekali gus memastikan kebajikan kakitangan sentiasa terpelihara.

