Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM ZIARAH KASIH PESARA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
17 Mac 2026 | Sekitar daerah Johor Bahru, Kulai & Pontian
Program Ziarah Kasih ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam menghargai jasa dan pengorbanan para pesara yang telah banyak menyumbang bakti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Melalui ziarah ini, hubungan silaturahim antara warga MBIP dan pesara terus diperkukuh di samping menyampaikan sokongan moral serta keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Program ini diketuai oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji. Abu Sairin, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP serta barisan Pengarah Jabatan/Unit Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Pelaksanaan program ini juga selaras dengan Agenda Local Agenda 21 (LA21) yang menitikberatkan kesejahteraan komuniti serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam memastikan kebajikan golongan pesara terus diberi perhatian.
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai nilai penghargaan, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan warga MBIP terhadap mereka yang telah berjasa.

