Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2026
14 Mac 2026 | Wisma Sunway Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersama rakan strategik, CBH Recycle (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save yang bertempat di Wisma Sunway.
Melalui program ini, sebanyak 5053 kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan yang terdiri daripada plastik, kertas, kadbod, besi, minyak masak terpakai, e-waste dan lain-lain lagi. Inisiatif ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada penjimatan 14,637.96 CO₂ faktor karbon.
Program ini diwujudkan sebagai salah satu alternatif penyelesaian kepada isu pembuangan sampah yang semakin berleluasa di kawasan pentadbiran MBIP. Melalui pendekatan ini, komuniti hanya perlu menghantar barangan kitar semula secara pandu lalu dengan menggunakan konsep Waste To Wealth (WTW).
Di samping itu, program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk mendidik diri sendiri dan ahli keluarga, khususnya kanak-kanak, mengenai kepentingan mengasingkan sisa mengikut kategori. Usaha ini diharap dapat memupuk budaya kitar semula dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta masyarakat yang telah memberikan sokongan dan penyertaan dalam program ini. Semoga usaha ini dapat membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memastikan generasi akan datang dapat menikmati bumi yang lebih bersih, sihat dan lestari.
JOM KITAR SEMULA

