Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
MAKLUMAN: NAIK TARAF SISTEM LAMPU ISYARAT PINTAR DI KAWASAN MEDINI, ISKANDAR PUTERI
Perhatian kepada semua pengguna jalan raya di sekitar kawasan Medini.
Pihak MBIP melalui penyedia perkhidmatan, Tetuan Southmax Sdn. Bhd., sedang giat menaik taraf sistem lampu isyarat di sekitar Medini dengan sistem pintar TrafficSens. Inisiatif ini bertujuan memastikan semua persimpangan beroperasi secara optimum bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kelancaran trafik.
Status terkini bagi 39 persimpangan di kawasan Medini:
- 30 persimpangan telah berjaya dinaik taraf dan diaktifkan.
- 1 persimpangan sedang dalam proses naik taraf.
- 8 persimpangan masih dalam proses serahan pemaju kepada pihak MBIP.
Kini, kerja-kerja penambahbaikan seperti penyambungan sistem ke Iskandar Puteri Command Centre (IPCC) dan pemasangan sensor kamera kesemua persimpangan sedang dilaksanakan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan April 2026.
Sehubungan itu, pengguna mungkin akan mengalami sedikit gangguan atau perubahan sementara pada aliran trafik. Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan amat menghargai kerjasama serta kesabaran semua pihak.



