Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
GANGGUAN TEKNIKAL SISTEM LAMPU ISYARAT PINTAR TRAFFICSENS DI KAWASAN MBIP TELAH SELESAI DIPULIHKAN
Pada Jumaat, 27 Mac 2026 bermula jam 6.30 pagi, telah berlaku gangguan teknikal kepada sistem lampu isyarat pintar TrafficSens yang diselenggara oleh Tetuan Southmax Sdn. Bhd. di beberapa persimpangan sepanjang Jalan Skudai–Gelang Patah (J4) dan kawasan Taman Impian Emas.
Gangguan tersebut menyebabkan 12 persimpangan di kawasan pentadbiran MBIP mengalami keadaan amber flashing secara serentak melibatkan lokasi berikut:
A1 Jalan Selatan 7 / Jalan Impian Emas 8
A2 Persiaran Impian Emas / Persisiran Impian Emas / Jalan Selatan 7
A5 Jalan Bukit Impian / Persiaran SAC / Jalan Impian Ikonik Utama
A7 Persiaran Impian Emas / Persiaran Seri Impian / Jalan Impian Emas 1
A8 Jalan Persisiran Impian Emas / Jalan Impian Emas 17 / Jalan Impian Emas 66
A13 Jalan Gelang Patah / Jalan Perwira 16 / Jalan Ronggeng 28
A19 Persiaran Impian Emas / Jalan Bukit Impian
A28 Persiaran Sutera Danga / Jalan Sutera Ros
B14 Jalan Gelang Patah / Persiaran Jasa 11
B38 Jalan Gelang Patah / Persiaran Abadi / Persiaran Bestari 1
B40 Jalan Gelang Patah / Persiaran Bestari 3
D4 Jalan Gelang Patah – Lebuhraya Nusajaya
Siasatan awal mendapati gangguan teknikal tidak normal telah berlaku. Pihak Southmax segera melaksanakan tindakan pemulihan di tapak termasuk penggantian hard disk serta pemasangan semula program baharu pada setiap controller lampu isyarat.
Sehingga jam 6.45 petang, empat persimpangan telah kembali berfungsi normal iaitu A2, A13, B14 dan B40. Kerja-kerja pemulihan diteruskan sepanjang malam disertai pemantauan rapi bagi memastikan tiada kejadian flashing berulang.
Kesemua persimpangan telah selesai dibaik pulih dan kembali berfungsi sepenuhnya pada jam 2.00 pagi, Sabtu 28 Mac 2026 melalui tindakan penggantian hard disk baharu pada peti kawalan utama sistem lampu isyarat.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. MBIP merakamkan penghargaan atas kerjasama dan kesabaran pengguna jalan raya sepanjang tempoh gangguan ini.


