Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
SOKONGAN BERTERUSAN BUAT MAHASISWA ANAK JOHOR
28 Mac 2026 | TMYIC Iskandar Puteri
Program Meh Balik Kampus 2026 telah berlangsung dengan membuka peluang kepada lebih 3,000 mahasiswa anak Johor untuk kembali ke kampus dengan perjalanan yang lebih teratur dan selesa.
Kehadiran YBhg.Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Iskandar Puteri menyerlahkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam menyokong kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa negeri ini.
Sebanyak 73 bas ekspres disediakan merangkumi pelbagai zon dan daerah, termasuk kemudahan khas buat lebih 500 pelajar yang menuntut di Sabah dan Sarawak. Usaha berterusan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh sokongan terhadap pembangunan pendidikan serta masa depan generasi muda.
“Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri”



