KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
   
MAJLIS ANGKAT SUMPAH DAN LAPOR DIRI KAKITANGAN BAHARU MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
1 April 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Angkat Sumpah Kakitangan Baharu telah berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna, menandakan permulaan perjalanan perkhidmatan awam bagi warga kerja yang baharu menyertai organisasi.
Pada majlis ini, seramai 46 orang pegawai lantikan baharu telah diraikan, yang terdiri daripada 23 orang lantikan Kontrak Interim, 2 orang lantikan Contract Of Service (COS), serta 21 orang lantikan Personel MySTEP.
YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP menzahirkan ucapan selamat datang serta menekankan kepentingan bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh. Beliau turut mengingatkan agar setiap warga kerja sentiasa mengutamakan kerjasama, memupuk budaya kerja positif dan mencontohi amalan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Majlis diteruskan dengan sesi angkat sumpah sebagai simbol komitmen, integriti dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas.
Semoga semua kakitangan baharu dapat menjalankan amanah dengan dedikasi, profesionalisme dan semangat kebersamaan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri