Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
SESI TOWNHALL BERSAMA PENDUDUK BLOK 2 DAN BLOK 3, FLAT TAMAN JAYA
4 April 2026 | Dewan Utama Wisma MBIP, Skudai
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah mengadakan sesi townhall bersama penduduk Blok 2 dan Blok 3 Flat Taman Jaya bagi memberi taklimat mengenai cadangan penempatan semula, susulan bangunan tersebut telah diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki.
Flat Taman Jaya telah dibina pada tahun 1985 oleh Pak Soon Land and Housing Development Sdn. Bhd. Bangunan ini terdiri daripada beberapa blok dan hampir berusia 40 tahun serta beberapa isu struktur telah dikenal pasti seiring peningkatan usia bangunan.
Pihak MBIP telah melantik KL Integrated Consultants Sdn Bhd (IKRAM) untuk menjalankan kajian forensik ke atas Flat Taman Jaya. Hasil kajian mendapati bangunan mengalami kerosakan serius dan tidak selamat untuk didiami, berpunca daripada bahan binaan merosot, kelemahan pembinaan asal, tanah tidak stabil, serta penyelenggaraan dan parit monsun yang kurang.
Setiausaha MBIP, Tuan Haji Ezahar Bin Haji Abu Sairin, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan MBIP melalui ucapannya menyeru kerjasama semua pihak bagi memastikan proses penempatan penduduk berjalan lancar demi kehidupan yang lebih selamat dan selesa.
Pihak MBIP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Marina Binti Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN SKUDAI), wakil daripada Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ), Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), Baitulmal Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) serta Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, yang turut bekerjasama dalam memberikan taklimat serta penerangan ringkas bagi cadangan penempatan dan pemindahan penduduk-penduduk Blok 2 dan Blok 3, Flat Taman Jaya.
"Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera” - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


