Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN PENGESAHAN SIAP KERJA PROJEK MEMBINA KOLAM TADAHAN OSD DI JALAN ZAPIN, JALAN INANG DAN JALAN BAUNG
2 April 2026 | Jalan Zapin, Taman Skudai Baru
Satu lawatan pengesahan siap kerja telah diadakan dan pihak kontraktor berjaya menyiapkan projek dalam tempoh yang diluluskan.
Projek pembinaan kolam tadahan On-Site Detention (OSD) di bawah kawasan tanah lapang ini merupakan projek julung kalinya di Johor yang menggunakan sistem Eco-Module, selaras dengan pendekatan penyelesaian kejuruteraan mampan bagi pengurusan air hujan bandar.
Pada hari yang sama sekitar jam 5.30 petang, hujan lebat dengan kadar keamatan 100mm telah direkodkan di tapak projek. Hasil pemantauan menunjukkan aliran air berjaya dikawal dan mengalir dengan lancar tanpa berlaku limpahan ke jalan raya seperti sebelum ini.
Pelaksanaan projek ini diharap mampu membantu mengurangkan risiko banjir setempat serta meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan sekitar.
Terima kasih kepada penduduk setempat atas kerjasama, kesabaran dan sokongan sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.


