Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA MIRI KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
7 April 2026 | Iskandar Puteri
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menerima kunjungan rasmi delegasi Majlis Bandaraya Miri - Rasmi bagi sesi taklimat, pembentangan serta perbincangan kerjasama strategik ke arah jalinan Friendship City. Delegasi telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP bersama Setiausaha MBIP dan warga kerja MBIP.
Delegasi diketuai oleh Yang Berhormat Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Bandaraya Miri. Hadir sama Tuan Haji Ariffin bin Haji Mohamad, Timbalan Datuk Bandar, Encik Abdul Rahman bin Taupek, Setiausaha Majlis Bandaraya serta barisan Ahli Majlis & Pengarah Jabatan. Lawatan ini turut merangkumi perkongsian amalan terbaik dalam perancangan dan pengurusan bandar yang disampaikan oleh Encik Mohammad Hassan bin Kadir, Pegawai Perancang Bandar MBIP serta lawatan ke Eko Pelancongan Kampung Sungai Melayu.
Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama, pertukaran kepakaran serta perkongsian pengalaman ke arah pembangunan bandar yang mampan dan berdaya saing. Diharapkan jalinan hubungan ini akan terus diperkukuh melalui inisiatif susulan dan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua bandar serta komuniti setempat pada masa hadapan.

