Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
PROGRAM EKSPLORASI DERIA KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS – LAMAN DERIA PINTAR
7 April 2026 | Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Johor Bahru, Taman Ungku Tun Aminah
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), melalui Jabatan Landskap dengan kerjasama Zazarena Architect, telah menganjurkan Program Eksplorasi Deria Kanak-Kanak Pendidikan Khas sebagai sesi Focus Group Discussion dalam penglibatan langsung bersama guru dan pelajar sebagai nilai tambah dan melengkapi cadangan “Laman Deria Pintar, Hutan Bandar (Taman Inklusif dan Tandas Sejahtera)” bagi menyokong usaha MBIP menyediakan ruang riadah yang inklusif dan mesra pengguna, termasuk untuk kanak-kanak kelainan upaya dan autisme.
Program ini melibatkan tiga sesi aktiviti iaitu aktiviti Warna, Bentuk dan Sensori yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Johor Bahru, Taman Ungku Tun Aminah, dengan penyertaan 30 murid Tahap 1, guru, kakitangan Jabatan Landskap dan wakil Zazarena Architect.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mendapatkan secara maklum balas dan dapatan secara langsung Bersama kanak-kanak dan cadangan guru berkaitan keperluan ruang riadah inklusif selain mengenal pasti elemen rekabentuk dan keperluan teknikal yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Laman Deria Pintar.
Pelaksanaan program ini juga selari dengan inisiatif Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dalam menyediakan ruang dengan konsep rekabentuk sejagat dengan prinsip aksesibiliti untuk semua peringkat umur dan keupayaan dalam taman awam MBIP.
MBIP berharap agar usaha ini dapat mewujudkan persekitaran rekreasi yang lebih baik, selamat inklusif dan mesra pengguna.

