Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN & KESELAMATAN BOT PELANCONGAN : MY Mersing
8 April 2026 | Majlis Daerah Mersing
Dari Mersing pergi Tioman,
Angin laut bertiup perlahan,
Kunjungan mesra mengikat jaringan,
Ilmu dikongsi jadi pedoman.
Lawatan penanda aras oleh delegasi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diketuai Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP ke Majlis Daerah Mersing (MDM) telah berlangsung dengan tujuan mendapatkan perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pengurusan pelancongan.
Delegasi MBIP disambut dengan penuh mesra oleh TPr. Abdul Karim bin Hj. Bakar, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, bersama Encik Muhammad Lutfi bin Abas, Setiausaha Majlis Daerah Mersing.
Sepanjang lawatan, pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk sesi pembentangan berkaitan pengurusan pelancongan, sesi soal jawab serta pertukaran pandangan khususnya dalam aspek pengurusan dan keselamatan bot pelancongan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen tinggi MBIP dalam memperkasa tadbir urus yang berkualiti, di samping mengeratkan hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan demi manfaat bersama dan kesejahteraan komuniti.

