Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
MAJLIS PELANCARAN KAIN BENANG JOHOR MBIP
15 April 2026 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim
Kain Benang Johor merupakan warisan tekstil tradisional negeri Johor yang terkenal dengan kehalusan tenunan serta keindahan motifnya yang sarat dengan nilai budaya dan identiti tempatan. Setiap helaian kain bukan sekadar hasil seni, malah membawa makna dan cerita yang mencerminkan kreativiti serta kepakaran penggiat seni warisan yang perlu terus dipelihara.
Usaha ini merupakan manifestasi komitmen MBIP dalam memastikan warisan Johor tidak ditelan zaman, malah terus mekar sebagai lambang kemegahan sebuah Bandar Raya Pintar yang berbudaya.
Sehubungan itu, bagi memartabatkan warisan ini, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyahut saranan Kerajaan Negeri Johor dengan memperkenalkan Kain Benang Johor bermotifkan identiti MBIP.
Melalui inisiatif ini, MBIP bukan sahaja memartabatkan warisan tradisi, malah mengangkatnya ke paras yang lebih tinggi.
Majlis Pelancaran Benang Johor MBIP ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP dengan reka bentuk eksklusif khas untuk MBIP sebagai simbol identiti dan keunikan tersendiri.


