Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
OPS ANGKUT JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) SEKITAR KAWASAN PENTADBIRAN MBIP
Unit Tindak Khas dan Peronda Khas Jabatan Penguatkuasaan MBIP telah melaksanakan operasi sitaan di sekitar kawasan pentadbiran MBIP.
Sebanyak 01 kes melibatkan penjaja warga asing telah dikenakan tindakan sitaan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) 2020.
Selain itu, tindakan sitaan turut diambil ke atas 01 premis perniagaan yang melanggar syarat permit sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Rondaan berterusan dijalankan bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku di kawasan terlibat.
Kesemua barangan sitaan telah dibawa ke Depoh Simpanan Jabatan Penguatkuasaan MBIP untuk tahanan dan tindakan lanjut.

