Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN PREMIS BERISIKO JABATAN PENGUATKUASAAN BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) SEKITAR KAWASAN PENTADBIRAN MBIP
Satu operasi pemeriksaan premis berisiko telah dilaksanakan oleh Unit Tindakan Khas Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Sebanyak 04 buah premis telah diperiksa sepanjang operasi pemeriksaan premis tersebut. Anggota telah mengeluarkan 02 kompaun dan 02 Notis Henti Niaga (NHN) dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Bandaraya Iskandar Puteri) 2018 kepada premis. Sitaan liquor juga dilakukan terhadap premis tersebut.
Operasi dan tindakan penguatkuasaan seperti ini akan sentiasa dilakukan bagi memastikan pemilik perniagaan sentiasa mematuhi undang-undang.

