KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
   
LANGKAH INKLUSIF: MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI PERINCIKAN PROJEK LAMAN DERIA PINTAR BERSAMA KOMUNITI OKU
21 April 2026 | Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Landskap dengan kerjasama Zazarena Architect, telah menganjurkan sesi Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan peserta daripada golongan profesional. Sesi ini turut disertai oleh wakil doktor dari Unit Carakerja, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Ahli Majlis, guru dari Sekolah Pendidikan Khas Johor Bahru, wakil Pertubuhan Giat Johor Bahru, Persatuan Celik Pipi, serta wakil arkitek dari Jabatan Bangunan MBIP.
Penganjuran sesi ini bertujuan untuk menambah baik dan memperincikan cadangan projek “Laman Deria Pintar, Hutan Bandar (Taman Inklusif dan Tandas Sejahtera)” dalam usaha menyokong inisiatif MBIP menyediakan ruang riadah yang inklusif di taman awam.
Program ini melibatkan sesi pembentangan cadangan reka bentuk serta dapatan hasil daripada pelaksanaan FGD pertama, iaitu Program Eksplorasi Deria Kanak-Kanak Pendidikan Khas. Sesi perbincangan turut dijalankan dalam bentuk soal jawab yang merangkumi beberapa skop utama, iaitu pandangan umum, reka bentuk dan perancangan ruang, deria dan pengalaman pengguna, keselamatan dan risiko, serta aksesibiliti dan kefahaman ruang.
Penganjuran sesi ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas dan ulasan secara langsung bersama komuniti kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU)/autisme serta pakar berkaitan, bagi memastikan reka bentuk Laman Deria Pintar memenuhi aspek keperluan teknikal, keselamatan, keselesaan, serta kesesuaian sebenar pengguna.
MBIP berharap agar usaha ini dapat mewujudkan persekitaran rekreasi yang lebih baik, selamat, inklusif dan mesra pengguna, sejajar dengan komitmen MBIP dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat umum.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri