KALENDAR AKTIVITI

Takwim
April 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
  
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
   
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2026
Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive to Save 2026 telah berlangsung pada 18 April 2026 di AEON Mall Bukit Indah. Program ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan kerjasama CBH Recycle (M) Sdn. Bhd., AEON Mall Bukit Indah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.
Sepanjang program, sebanyak 2,454kg bahan kitar semula berjaya dikumpulkan, termasuk plastik, kertas, kadbod, besi, minyak masak terpakai, dan e-waste. Usaha ini dianggarkan telah mengurangkan 7,069.46CO2 faktor karbon, menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Program ini memperkenalkan konsep pandu lalu (drive-thru) Waste to Wealth (WTW) yang memudahkan orang ramai menghantar bahan kitar semula secara sistematik. Ia juga bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan alam sekitar, menggalakkan amalan pengasingan sisa dari rumah , memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang kepentingan kitar semula, menyediakan platform tindakan komuniti yang praktikal dan berkesan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memperkukuh penglibatan komuniti dalam usaha kelestarian serta membantu mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar demi generasi akan datang.
JOM KITAR SEMULA

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri