Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 |
PEMAKLUMAN AWAM : TREND KECURIAN KABEL LAMPU JALAN AWAM DI TAHAP MEMBIMBANGKAN
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) memandang serius mengenai peningkatan kes jenayah kecurian kabel lampu jalan awam di beberapa kawasan sekitar pentadbiran MBIP.
Kawasan kes kecurian:
● Medini, Iskandar Puteri
● Impian Emas (Jalan Persiaran SAC)
● Lebuhraya Skudai-Pontian
Impak Negatif Kepada Pengguna Awam:
Tindakan tidak bertanggungjawab ini telah mengundang bahaya yang nyata kepada pengguna jalan raya. Jajaran jalan terlibat kini bergelap, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan jalanraya. Selain itu, jenayah ini telah menyebabkan kos penyelenggaraan dan pembaikan yang ditanggung oleh MBIP meningkat secara signifikan—kos yang sepatutnya boleh disalurkan untuk pembangunan prasarana yang lain.
Tindakan Pemulihan:
Pihak MBIP kini sedang berusaha menjalankan kerja pembaikan bagi pengoperasian semula jajaran lampu jalan awam yang terjejas dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalanraya.
Kerjasama Bersama PDRM & Usaha Pencegahan:
Bagi menangani isu ini sehingga ke akar umbi, MBIP sedang bekerjasama erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
● Siasatan giat dijalankan untuk mengenal pasti dan menumpaskan sindiket atau individu yang mendalangi jenayah rompakan infrastruktur awam ini.
● Pihak PDRM juga telah meningkatkan kekerapan rondaan pencegahan jenayah di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.
● Pemantauan dan risikan ke atas peniaga barang lusuh (kedai besi buruk) dan pusat kitar semula.
Bantuan Pengguna Awam Diperlukan!
MBIP menyeru warga bandaraya untuk menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa. Sekiranya anda melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan (seperti individu tidak berpakaian seragam rasmi kontraktor sedang mengorek atau mengusik tiang lampu/pencawang elektrik pada waktu yang tidak munasabah), mohon segera laporkan kepada balai polis berhampiran atau hubungi pihak MBIP.
Infrastruktur awam adalah hak milik bersama. Mari kita bekerjasama membanteras jenayah vandalisme dan kecurian ini demi keselamatan dan kesejahteraan Iskandar Puteri.



