Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MAJLIS PENYERAHAN ANGGOTA PEMBANTU PENGUAT KUASA KP1
Seramai 18 anggota Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1 telah diserahkan secara pinjaman kepada pihak Southmax Sdn. Bhd. bagi menyokong pelaksanaan dan penguatkuasaan sistem Smart Parking di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Inisiatif ini merupakan langkah berterusan dalam memperkukuh pengurusan tempat letak kereta yang lebih sistematik, cekap dan berteknologi selaras dengan keperluan bandar pintar.
Semoga semua anggota yang terlibat dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan tanggungjawab dalam memastikan kelancaran operasi serta pematuhan peraturan tempat letak kereta.

