Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MAJLIS PENYERAHAN LANTIKAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHARU
4 Mei 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim
Seramai dua puluh empat (24) orang lantikan baharu telah diraikan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai sebahagian usaha memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Daripada jumlah tersebut, lima (5) orang merupakan lantikan Kontrak Interim dan seorang (1) lantikan Contract of Service (COS) di bawah pentadbiran MBIP, manakala lapan belas (18) orang lagi adalah lantikan Contract of Service (COS) yang dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Southmax Sdn. Bhd..
Semoga lantikan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan, memperkukuh organisasi serta menyokong aspirasi pembangunan bandar yang mampan dan berdaya saing.

