KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
LAWATAN PENANDAARASAN PERSEKITARAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MAJLIS PERBANDARAN KULAI KE MBIP
8 Mei 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima satu lawatan penandaarasan daripada Jabatan Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang diketuai oleh Ts. Hajah Shahida binti Haji Ahmad, Pegawai Teknologi Maklumat MPKu. Lawatan ini melibatkan sesi perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan persekitaran teknologi maklumat.
Lawatan ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai pendekatan serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh MBIP dalam memperkukuh sistem pengurusan teknologi maklumat, di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan idea antara kedua-dua pihak.
Lawatan ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta pembangunan teknologi maklumat yang lebih efisien dan mampan.
"Bandar raya Pintar, Mampan dan Sejahtera" - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri