Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP SEDANG DILAKSANAKAN
Lokasi terlibat:
• Jalan Persiaran Impian Emas, Taman Impian Emas
• Impian Park Tower, Taman Impian Emas
• Jalan Seri Orkid 22, Taman Seri Orkid
• Jalan Seluang, Skudai
• Jalan Pahlawan 5, Taman Ungku Tun Aminah
Tindakan semasa
Kerja cantasan, penebangan pokok berisiko, pengalihan tanaman haram serta pembersihan pokok tumbang sedang giat dijalankan susulan aduan awam dan pemeriksaan berkala oleh Jabatan Landskap.
Pelaksanaan kerja melibatkan Unit Tebang Cantas (UTC) bersama kontraktor lantikan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko insiden yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.
Penyelenggaraan tertumpu di kawasan awam seperti laluan utama, kawasan perumahan dan taman permainan bagi memastikan pokok kekal sihat, stabil dan selamat. Usaha ini membantu mengurangkan risiko pokok tumbang atau dahan patah.
MBIP kekal komited mengekalkan keseimbangan antara kelestarian landskap hijau dan keselamatan awam melalui penilaian risiko serta pemeriksaan kesihatan pokok secara berterusan.
Orang awam disaran bersama menjaga kebersihan kawasan kejiranan dan taman permainan bagi mengelakkan pembiakan vektor penyakit seperti denggi.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor


