KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
TAKLIMAT PEMANTAPAN PENGURUSAN KEHADIRAN DAN CUTI KAKITANGAN BERTARAF KONTRAK DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2026
11 Mei 2026 | Auditorium MBIP

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Taklimat Pemantapan Pengurusan Kehadiran dan Cuti Kakitangan Bertaraf Kontrak Tahun 2026 yang bertempat di Auditorium MBIP. Program ini telah melibatkan seramai 350 orang kakitangan bertaraf kontrak bagi meningkatkan kefahaman berkaitan tatacara pengurusan kehadiran, cuti serta pematuhan terhadap peraturan dan prosedur perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hairulnisha binti Rabon, Ketua Penolong Setiausaha, Unit Perkhidmatan dan Puan Siti Maslizah binti Md Yusof, Penolong Pegawai, Unit Naik Pangkat dan Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuhkan tahap disiplin, integriti serta budaya kerja yang lebih sistematik dan berkesan dalam kalangan warga kerja MBIP.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri