Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DANJALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
11 Mei 2026 | Jalan Perdagangan 1, Taman Universiti
Pada 11 Mei 2026 (Isnin), satu aktiviti plogging telah dilaksanakan di Jalan Perdagangan 1, Taman Universiti dengan penyertaan seramai 27 orang peserta.
Sepanjang aktiviti ini dijalankan, sebanyak 68 kilogram sampah berjaya dikutip. Hasil usaha pembersihan yang berterusan sebelum ini telah menunjukkan perubahan positif apabila kawasan perumahan tersebut dilihat semakin bersih. Namun begitu, masih terdapat sisa sampah di bahu jalan di sekitar kawasan berkenaan.
MBIP berharap agar perubahan positif ini dapat dikekalkan. Orang ramai, khususnya penduduk setempat dan pengguna jalan raya, diseru untuk bersama-sama mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata-rata, demi memastikan kawasan ini terus kekal bersih, indah dan selesa untuk semua.

