KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
MEMPERKUKUH KERJASAMA TEKNIKAL: MAJLIS APRESIASI AGENSI TEKNIKAL JK PUSAT SEHENTI DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SEHENTI (OSC) MBIP
11 Mei 2026 | Mersing

Majlis telah berlangsung dengan jayanya Majlis Apresiasi Agensi Teknikal JK Pusat Sehenti 2025 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) MBIP Bil. 09/2026 bertempat di Alun-Alun Island Resort, Pulau Besar, Mersing.
Majlis Apresiasi 2025 ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Program ini diadakan sejurus selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Bil. 09/2026 yang menghimpunkan barisan pegawai teknikal serta agensi berkaitan bagi membincangkan hal-hal pembangunan dan penyelarasan teknikal di kawasan pentadbiran MBIP.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah Teknikal Dalaman (ATD), wakil Jabatan dan Agensi Teknikal Luaran (ATL), serta Ahli Majlis dan pegawai-pegawai MBIP yang terlibat secara langsung dalam urusan pemudahcara pembangunan dan kelulusan teknikal.
Penganjuran majlis ini merupakan tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada seluruh warga kerja serta jabatan dan agensi teknikal yang sentiasa komited dalam memastikan proses penyampaian perkhidmatan OSC berjalan dengan cekap, sistematik dan berkesan. Selain menjadi platform meraikan pencapaian sepanjang tahun 2025, program ini turut mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara MBIP dan jabatan teknikal berkaitan.
Dalam ucapan beliau, YB. Dato' Haji Hasrin Kamal bin Hashim menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi semua pihak dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan, khususnya melibatkan proses pembangunan dan kelulusan pelan di kawasan pentadbiran MBIP. Beliau turut berharap agar semangat kerjasama dan budaya kerja cemerlang terus diperkukuhkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan pemegang taruh.
Majlis berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan mesra, diserikan dengan sesi penghargaan, jamuan makan malam serta aktiviti santai yang berjaya mengeratkan silaturahim antara semua peserta yang hadir.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri