Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
MALAM FULL HOUSE DI ESC, SORAKAN UNTUK JDT
13 Mei 2026 I Educity Sports Complex
Malam yang cukup meriah di Educity Sports Complex (ESC) Program Weekly Sports Picks Watch Party anjuran bersam EduCity Sports Complex dan MBIP kembali lagi dengan suasana santai tapi penuh semangat bila ramai penyokong turun sama-sama untuk aksi Johor Darul Ta'zim FC menentang Buriram United di peringkat separuh akhir Asean Club Championship Shopee Cup 2025/2026. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP dan yang turut meluangkan masa bersama komuniti di Educity.
Aksi atas padang memang sengit dari awal sampai habis, pasukan JDT turun dengan semangat untuk cari keputusan penting. Walaupun perjalanan pasukan JDT dalam saingan kali ini berakhir di peringkat separuh akhir, malam ini tetap mencerminkan kekuatan sokongan penyokong serta peranan sukan dalam mengeratkan hubungan komuniti di bawah satu semangat yang sama.

