KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
SAMBUTAN KETIBAAN YANG BERHORMAT DATO’ HAJI HASRIN KAMAL BIN HASHIM, DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
14 Mei 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP

Sekitar sambutan ketibaan bagi meraikan Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP susulan pengurniaan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) yang membawa gelaran Dato’ oleh barisan Ahli-Ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Sambutan tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan atas penganugerahan yang dikurniakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor pada 9 Mei 2026 bersamaan 21 Zulkaedah 1447H.
Seluruh Warga Kerja MBIP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim atas penganugerahan tersebut serta mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam memimpin dan memperkasakan perkhidmatan bandar raya demi kesejahteraan masyarakat Iskandar Puteri.
Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri